Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anthony loke myjpj

Cukai Jalan Fizikal Masih Dikeluarkan, Cuma Ada Cawangan Kehabisan Stok – Anthony Loke

Diterbitkan Ogos 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beberapa cawangan JPJ telah diarah untuk menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal.

Beliau berkata arahan itu telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.
“Stiker (cukai jalan fizikal) masih dikeluarkan, cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi mereka letak notis tiada lagi cukai jalan fizikal tapi itu bukan keputusan dasar. Jadi kita ambil langkah cepat, apabila kita tahu cawangan itu telah habis stok, kita akan teruskan tempahan stok,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kementerian Pengangkutan belum lagi menetapkan tarikh spesifik peralihan sepenuhnya cukai jalan fizikal kepada digital, jadi pengguna masih diberi pilihan untuk menggunakan jenis fizikal.
Tambah beliau lagi, “Sementara ini kita akan bagi lagi, tapi akan sampai masa kita kata semuanya akan ditukar kepada digital sepenuhnya, namun keputusan ini belum dibuat, ia akan mengambil tempoh enam bulan hingga setahun sebelum dapat bertukar sepenuhnya kepada digital.”
Setakat ini hanya 30 peratus pemilik kenderaan yang memilih untuk menggunakan cukai jalan secara digital melalui aplikasi MyJPJ.

Untuk cara perbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan (road tax) melalui dalam talian saja, sila ikut langkah INI.

Sumber: Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital
  • MyJPJ: Ini Cara Dapatkan Kod Sekuriti Bila Anda Daftar Akaun Baru
  • Adakah Anda Akan Disaman Jika Tidak Memiliki Aplikasi MyJPJ?
  • JPJ Sedang Bergerak Ke Arah Pendigitalan Penuh
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY