Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tambah Nilai Prabayar Dikenakan SST 6% Bermula Esok

Tambah Nilai Prabayar Dikenakan SST 6% Bermula Esok

Diterbitkan Ogos 31, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 31, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita ketahui, esok bersamaan 1 September, cukai jualan dan perkhidmatan atau SST akan mula dikenakan kepada pelbagai barangan dan perkhidmatan di negara ini. Tambah nilai bagi talian prabayar juga nampaknya tidak terlepas daripada dikenakan cukai.

Senarai lengkap bagi bayaran dan jumlah tambah nilai yang akan diterima selepas 6% SST adalah seperti di bawah :

Screen Shot 2018-08-31 at 10.24.55 AM

Sehubungan dengan itu, beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti Celcom dan Telekom Malaysia menawarkan ‘produk gantian’ bagi SST yang telah dikenakan.

Celcom akan mengkreditkan semula jumlah SST yang dikenakan sebagai kredit panggilan. Sebagai contoh, untuk tambah nilai RM 10, 28 sen akan dikreditkan semula kepada pengguna. Namun, kredit tersebut hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan suara dan sah digunakan dalam masa 24 jam dari tempoh tambah nilai sahaja.

Manakala Telekom Malaysia pula akan menawarkan data tambahan secara percuma bagi setiap tambah nilai prabayar unfi Mobile-nya. Jumlah data yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Screen Shot 2018-08-31 at 10.45.47 AMKredit : TM

Tawaran ini hanya terbuka bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember 2018 serta bagi pelanggan warganegara Malaysia sahaja.

Perkara ini telah pun dijangka akan berlaku lebih awal turut berlaku semasa pengenalan cukai GST dahulu. Namun selepas perbincangan diadakan bersama dengan syarikat telekomunikasi, mereka akhirnya bersetuju untuk menyerap cukai 6% GST yang dikenakan dahulu tanpa memberi kesan kepada jumlah tambah nilai yang diterima pengguna.

Maka dengan itu, rakyat Malaysia sememangnya berharap agar jalan penyelesaian terbaik berkeaan perkara ini agar suasana menang-menang dapat dicapai. Bukan sahaja di antara kerajaan dan telko, malah untuk pengguna dan rakyat juga.

 

Sumber : Celcom, Telekom Malaysia, SoyaCincau BM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY