Semasa persidangan media global, TD Cowen Annual Technology, Media & Telecom yang ke-52 pada 30 Mei yang lepas, presiden Take-Two Interactive Software, Inc., Strauss Zelnick telah menghadirkan diri untuk memberi jawapan terhadap persoalan yang berkait dengan permainan popular mereka, iaitu Grand Theft Auto (GTA).
Antara soalan yang diajukan kepada beliau adalah berkaitan masa depan GTA 6, Zelnick mengatakan yang beliau yakin yang mereka mampu meraih keuntungan yang tinggi. Contoh terdekat boleh dilihat adalah GTA 5 yang dikatakan telah menerima pendapatan sekitar $10 bilion sejak ia dilancarkan 2013 lalu.
Disebabkan ini juga, secara tidak langsung, tidak ada permainan lain yang mampu menyaingi atau mencabar francais GTA.
Tambah beliau, francais Call of Duty pada ketika dahulu bersaing rapat dengan GTA. Namun, sehingga kini, GTA jauh lebih popular berbanding Call of Duty.
Kalau kita lihat ketika Rockstar menyajikan treler pertama GTA 6, ia mencapai 93 juta jumlah tontonan dalam masa 24 jam. Malah, ia memecah rekod dunia Guinness.
“It was sort of neck and neck with Call of Duty at that point. Here we are now with V, 10-11 years later. We’re a real outlier. We are the number one entertainment property of all time across all forms of entertainment. When Rockstar put out the announcement trailer, it basically broke the internet. And the trailer had 93 million views on YouTube in 24 hours. The anticipation is huge, one can’t deny that.”
Tidak hairan pun apabila CEO Take-Two berani mengatakan begitu. Ini kerana, dari pandangan komuniti gamer sendiri, turut boleh bersetuju dengan beliau.
Permainan GTA bukan sahaja sebuah permainan dunia terbuka yang mempunyai mekanisme permainan yang baik, jalan cerita menarik tetapi juga fizik padanya pun hampir semua logik. Bahkan, permainan Cyberbunk 2077 ketika dilancarkan dahulu pun dibandingkan dengan GTA 5 atau GTA 4.
Membuatkan lagi peminat teruja adalah apabila Red Dead Redemption 2 dari Rockstar menerima banyak pujian dalam komuniti gamer. Ia salah satu permainan dunia terbuka yang terbaik, logik dan realistik pernah dihasilkan sehingga kini.
Disebabkan itu juga, ramai ternanti-nanti apakah pembaharuan atau inovosi yang bakal ditawarkan Rockstar memandangkan permainan terbaru dengan enjin permainan terbaru pun kali terakhir dilancarkan pada 2018 lepas menerusi Red Dead Redemption 2.
{suggest}
Rujukan: TopGear