Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-06T113246.244

MSI Perkenal Monitor Gaming AI Pertama Dunia, Ada Ciri “Auto Cheat”

Diterbitkan Jun 6, 2024 · Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh Muhd Idham

Bagi anda yang merupakan pemain permainan di platform konsol mahupun PC dan mengalami masalah dalam prestasi kemahiran dalam permainan, MSI kini hadir dengan produk penyelesaian iaitu monitor gaming AI pertama di dunia dengan ciri bantuan dalam sesi bermain.

Produk itu adalah monitor MEG 321URX QD-OLED yang hadir dengan spesifikasi skrin jenis QD-OLED 31.5 inci, resolusi UHD (3840 x 2160), kadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas 0.03ms.

Seperti yang ditekankan, monitor ini mempunyai kelebihan teknologi kecerdasan buatan A.I. Sky Sight yang mampu digandingkan bersama permainan AAA untuk mengesan posisi pihak lawan secara automatik lalu memaparkannya di skrin.

MSI Perkenal Monitor Gaming AI Pertama Dunia, Ada Ciri “Auto Cheat”
Foto: VideoCardz

Selain itu, monitor ini juga hadir dengan lampu panjang LED RGB di bahagian bawah bingkai yang memain peranan sebagai penunjuk (indicator) dalam permainan seperti bar nyawa karakter, status kuasa senjata dan jumlah peluru yang tinggal.

Tambahan lagi, MSI juga ada pamerkan satu lagi produk monitor iaitu MPG 321CUPF-MSI Dual Mode.

MSI Perkenal Monitor Gaming AI Pertama Dunia, Ada Ciri “Auto Cheat”

Monitor ini lengkap dengan ciri pintas MSI Dual Mode yang mampu menyelaraskan prestasi monitor daripada UHD 160Hz (permainan aksi/pengembaraan) kepada FHD 320Hz (permainan FPS) dengan mudah tanpa perlu ke tetapan monitor.

Beli produk MSI di:

Shopee – https://invl.io/clks39w

Lazada – https://invol.co/clks3a6

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • MSI Perkenal Barisan CORELIQUID Dengan Skrin IPS LCD
  • MSI DigiME, Semua Penstrim Boleh Jadi 'VTuber'
  • Samsung Lancar Monitor 'Gaming' OLED Baharu Dikuasakan AI, Harga Dari RM3,999

Sumber: MSI Gaming, VideoCardz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY