Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Platform X Twitter

X Benarkan Kandungan Lucah, Kerajaan Tegaskan Pendirian Dasar Negara

Diterbitkan Jun 6, 2024 ยท Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada tindakan penyedia platform media sosial X (dahulunya Twitter) yang telah menukar syaratnya untuk membolehkan pengguna menyiarkan kandungan lucah, kerajaan akan menegaskan pendirian tegasnya untuk menegakkan dasar negara terhadap platform itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata perkara itu sememangnya melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan.

“Saya percaya (Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mohd Ali (Hanafiah Mohd Yunus) akan sampaikan untuk pastikan semua platform, bukan hanya X, faham bahawa beberapa perkara termasuk judi dalam talian, bahan lucah dan juga perkara yang tidak dibenarkan berdasarkan undang-undang negara kita dipatuhi platform-platform ini termasuk yang sedang berlaku di X,” Fahmi Fadzil.

Kemas kini dasar baharu oleh platform media sosial itu bukan sahaja membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah malah mereka juga boleh mengedar dan menggunakan bahan berunsur seksual selagi ia mendapat persetujuan pihak terlibat.

Walau bagaimanapun menurut dasar itu, pendedahan kepada bahan grafik lucah akan disekat kepada kanak-kanak dan pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Boost Bank Lancar Aplikasi Bank Digital, Kadar Faedah Harian Sehingga 3.2% p.a.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY