Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi gallery google photos

Tak Perlu Aplikasi Berasingan, ‘App’ Galeri Xiaomi Boleh Muat Naik Terus Ke Google Photos

Diterbitkan Oktober 20, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam satu kenyataan rasmi, Xiaomi mengumumkan bahawa aplikasi Gallery/Galeri Xiaomi yang terbina dalam telefon mereka kini boleh memuat naik kandungan terus ke Google Photos.

Ini bermakna pengguna tidak lagi perlu memasang aplikasi Google Photos untuk buat sandaran seperti semua peranti jenama lain.

Bukan itu saja, malah pengguna Xiaomi Cloud juga boleh memindahkan gambar dan video dalam storan tersebut ke Google Photos.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • 'Buy Now Pay Later' Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan
  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022
  • RedMagic 7S Pro Bermula RM3,999, Telefon 'Gaming' Skrin Penuh Tanpa Takuk Dan Lubang
  • Secure2u Pada Aplikasi MAE Kini Ditambah Baik Dengan Tempoh Pengaktifan 12 Jam

Tambah Xiaomi lagi, mereka yang memindahkan kandungan daripada Mi Cloud ke Google Photos boleh dapatkan tempoh percubaan Google One untuk 3 bulan dengan kuota storan sebanyak 100GB secara percuma.

Ciri Xiaomi Cloud-Google Photos ini akan tersedia untuk pengguna di Singapura terlebih dahulu pada 24 Oktober kelak melalui kemas kini aplikasi kemudian barulah disusuli negara lain.

Xiaomi bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci negara mana selepas Singapura mahupun tarikhnya.

“Kerjasama kami dengan Google Photos akan menawarkan pengguna cara mudah untuk pastikan data mereka disimpan, pada masa sama mudah diakses pelbagai peranti,” kata Quanxin Wang, Pengurus Produk & Teknologi, Xiaomi International.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY