Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmagic 7s pro

RedMagic 7S Pro Bermula RM3,999, Telefon ‘Gaming’ Skrin Penuh Tanpa Takuk Dan Lubang

Diterbitkan Oktober 19, 2022 · Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Nubia Red Magic 7S Pro telah dilancarkan dalam sebuah acara perasmian di Malaysia. Telefon gaming ini dilengkapkan dengan Snapdragon 8+ Gen 1 dan paparan 6.8 inci AMOLED yang menyokong kadar segar 120Hz dan 960Hz input sentuh.

Menariknya, paparan penuhnya yang tanpa sebarang takuk mahupun lubang dijayakan dengan beberapa teknologi seperti Multi-drive ACE Circut, cip UDC Pro, gelombang elektrod dan susunan piksel dalam bentuk ‘ding’.

redmagic 7s pro trigger white

Bateri dua sel 5000mAh padanya mampu dicas dengan kelajuan 65W. Lebih menarik, pengecas GaN 65W disertakan dalam kotak.

Untuk sistem penyejukan pula,  telefon ini mempunyai teknologi 10 lapisan pelbagai dimensi ICE 10.0 dengan kipas penyejukan 20,000rpm.

Di belakangnya pula ada 3 lensa terdiri daripada 64MP, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Kamera hadapan 16MP pula menjadi alat untuk swafoto.

Berkaitan

  • Siri RedMagic 7 Dilancar - Pengecasan 135W, Snapdragon 8 Gen 1, Kamera Bawah Skrin
  • Nubia RedMagic 7 Global Rasmi, Dapatkan Dengan Harga Serendah RM2799
  • Heyup Tersedia Di Lazada, RedMagic 7 Pro Antara Produk Promosi
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
  • Reaksi Status WhatsApp Seumpama Instagram Mula Ditawarkan Di Malaysia

Adat telefon gaming sekarang, kebanyakannya disertai picu di bahagian tepi untuk memudahkan pengguna bermain permainan tembak-menembak seperti PUBG. Picu atau trigger ini mempunyai kadar input sentuh 520Hz.

redmagic 7s pro trigger

Bercakap tentang gaming, lampu RGB dinyalakan juga boleh diselaraskan.

Peranti ini menjalankan sistem operasi RedMagic OS 5.5 dengan binaan Android 12.0.

redmagic 7s pro battery

Selain itu, model 7S Pro ini juga mempunyai pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, sokong 5G, NFC, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

Ia akan dijual bermula 29 Oktober 2022 melalui Lazada RedMagic, Teve, DirectD, Mobile To Go, Asia Mobile Supply, MMG Distribution, AI Space, Mobile Corner dan 7 Mobile. 

  • 12/256GB – RM3,999
  • 18/512GB – RM4,999

Untuk spesifikasi terperinci, jangan segan silu untuk ke laman web Red Magic.

Klik SINI untuk beli RedMagic 7S Pro di Lazada. Klik SINI untuk ke laman rasmi Shopee DirectD.

Sumber: RedMagic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY