Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail hoax shutdown

Tak Benar, Perkhidmatan Gmail Tidak Akan Ditamatkan

Diterbitkan Februari 23, 2024 · Dikemas kini Februari 23, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak semalam, tular di platform X mengenai perkongsian e-mel yang mendakwa bahawa Google “is sunsetting” atau menamatkan perkhidmatan Gmail pada Ogos 2024.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • Butang 'Unsubscribe' Gmail Kini Telah Tersedia Untuk Peranti Android

E-mel tersebut kelihatan seperti tangkap layar daripada pengumuman rasmi Google, tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

Gmail X_

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tangkap layar palsu itu telah dilihat lebih 4.3 juta pengguna.

Ia sebenarnya adalah gurauan atau sarcasm, yang merupakan versi suntingan bagi notis yang dikeluarkan tahun lalu mengenai penamatan versi “HTML View” klasik Gmail pada Januari 2024. Namun sebaliknya, ramai yang ketinggalan dan mempercayai “pengumuman” palsu itu.

Untuk lebih jelas, perkhidmatan Gmail tidak akan ditamatkan. Akaun rasmi Gmail di X yang menyedari perkara itu turut mengesahkan bahawa perkhidmatannya akan kekal aktif.

Gmail is here to stay.

— Gmail (@gmail) February 22, 2024

Di luar perubahan minimum mengenai versi HTML itu, Gmail akan terus berfungsi seperti biasa untuk tahun-tahun akan datang. Malah, Google terus menambah pengalaman dan penambahbaikan baharu pada Gmail, seperti pelancaran Gemini untuk Gmail dan sebagainya.

Sumber: X, via 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
©2026 WISER.MY