Sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia kini telah mendaftar dan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menyasarkan angka itu terus meningkat bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah. Memetik laporan Bernama, Pengarah JPJKK Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata peningkatan penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh Polis…
Tag: PDRM
Sebar Data Peribadi Tanpa Kebenaran Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – KPN
Doxxing atau penyebaran maklumat peribadi individu tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang. Ia termasuk menyebarkan atau mendedahkan alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri dan maklumat keluarga melalui platform dalam talian. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu tanpa mengira…
Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan BUDI95 – Loke
Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah mekanisme berbeza yang beroperasi secara berasingan, dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik. Berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi…
NSRC Kini Diurus PDRM, Panggilan 997 Dikira Laporan Polis
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) secara rasmi kini diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuat kuasa serta-merta. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan ia sebagai langkah strategik bagi memperkukuh tindak balas terhadap jenayah penipuan kewangan dalam talian yang semakin berleluasa. Menurut beliau, sebelum ini tiada satu agensi peneraju jelas dalam NSRC yang…
Anggota Polis Akan Terima Insentif Rebat RAHMAH Secara ‘One-Off’ – Kementerian Komunikasi
Sempena Hari Polis ke-218, Kementerian Komunikasi mengumumkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off (satu kali sahaja) kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan PDRM. Anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan – sama ada pada bulan April, Mei atau…
JSJK Guna AI Bagi Penguatkuasaan, Siasatan Jenayah Komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penggunaan teknologi itu akan dilaksanakan tidak lama lagi, antaranya menerusi penggunaan chatbot bagi menganalisis keterangan dalam sesuatu siasatan. Penggunaan…
