Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Volunteer Smartphone Patrol_1

1.7 Juta Rakyat Malaysia Muat Turun Aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’

Diterbitkan Mac 4, 2026 oleh Amalina Athman

Sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia kini telah mendaftar dan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman menyasarkan angka itu terus meningkat bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah.

Memetik laporan Bernama, Pengarah JPJKK Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata peningkatan penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu amat penting kerana ia memberi banyak manfaat dari segi pemantauan serta meringankan tugas semua pihak.

Beliau berkata peranan aplikasi itu menjadi lebih ketara menjelang musim perayaan seperti Aidilfitri apabila ramai pulang ke kampung dan meninggalkan rumah tidak berpenghuni.

“Aplikasi VSP memudahkan orang awam menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis tanpa perlu hadir ke balai atau menghubungi bilik gerakan. Setakat ini, 1.7 juta orang telah mendaftar di seluruh negara.. Pendekatan ini membantu menutup ruang dan peluang penjenayah, khususnya kes pecah rumah yang lazimnya meningkat ketika musim perayaan,” katanya.

Melalui aplikasi VSP, pengguna hanya perlu mengisi maklumat seperti nama, alamat, tempoh meninggalkan rumah dan nombor telefon untuk tindakan lanjut pihak polis.

Maklumat tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) atau Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) bagi membolehkan rondaan berkala dapat dilaksanakan di kawasan kediaman yang ditinggalkan.

Volunteer Smartphone Patrol
Foto: Bernama

Katanya, sistem itu juga memudahkan pihak polis menyusun jadual rondaan mengikut zon secara tersusun serta memberi tumpuan kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot atau blackspot jenayah.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi VSP melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Berkaitan

  • Lapor Jenayah Dengan Mudah Guna Aplikasi Rasmi Dari PDRM Ini
  • NSRC Kini Diurus PDRM, Panggilan 997 Dikira Laporan Polis
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Log Masuk Tunggal MyJPJ Dengan MyDigital ID Dilanjutkan Lagi, Kini 1 Mei 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY