Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengarah JSJK_facebook JSJK

JSJK Guna AI Bagi Penguatkuasaan, Siasatan Jenayah Komersial

Diterbitkan Mac 7, 2025 ยท Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penggunaan teknologi itu akan dilaksanakan tidak lama lagi, antaranya menerusi penggunaan chatbot bagi menganalisis keterangan dalam sesuatu siasatan.

Penggunaan teknologi ini dijangka dapat mengoptimumkan pengurusan masa seseorang pegawai penyiasat dan memberikan fokus kepada beberapa siasatan secara sekali gus. Pada masa akan datang, penggunaan AI ini akan diperluas kepada pemprosesan keterangan dan sebagainya.

Beliau berkata JSJK yakin teknologi itu boleh digunakan untuk membantu pelaksanaan beberapa peringkat siasatan.

Antaranya termasuk analisis data forensik, analisis data atau pola kes-kes jenayah, analisis kandungan teks seperti mesej, perbualan, e-mel dan seumpanya, serta mengenal pasti transaksi kewangan yang mencurigakan.

Sementara itu, Ramli memaklumkan bahawa sepanjang tempoh 1 Januari hingga 4 Mac, JSJK telah membuka sebanyak 9,431 kertas siasatan berkaitan jenayah komersial, dengan jumlah kerugian mencecah RM501.3 juta.

Penipuan dalam talian merupakan penyumbang terbesar, mencatatkan 8,322 kes atau 88.2% daripada keseluruhan kes, dengan jumlah kerugian sebanyak RM368.69 juta.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • SUHAKAM Dan PDRM Akan Bincang Isu Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam
  • 4 Platform Media Sosial Ini Jadi Pilihan Utama Scammer Lakukan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia
  • Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY