Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat telco UK

Syarikat Telco Di UK Diharamkan Memasang Kelengkapan 5G Dari Huawei Bermula September 2021

Diterbitkan November 30, 2020 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi di UK kini dilaporkan bakal diharamkan memasang kelengkapan 5G baharu dari Huawei selepas September 2021. Perkara ini diumumkan oleh kerajaan UK sebagai sebahagian daripada perancangan untuk mengeluarkan kelengkapan syarikat dari China itu.

Terdahulu, kerajaan UK telah mengarahkan semua kelengkapan Huawei dikeluarkan dari pembangunan infrastruktur 5G negara itu menjelang 2027. Ia adalah selari dengan keputusan Amerika Syarikat yang mengatakan gergasi teknologi China itu menimbulkan risiko keselamatan.

Kerajaan UK juga bakal membelanjakan 250 juta pound (~RM1.3 bilion) untuk menggantikan kelengkapan 5G Huawei dari infrastruktur telekomunikasi negara itu.

Berikutan itu, kerajaan China juga telah mengkritik keputusan berkenaan. Sementara itu, Huawei pada minggu lalu menyatakan pelanggaran undang-undang baru negara itu akan menyebabkan syarikat telco yang terlibat dikenakan denda 100,000 pound (~RM542,000). Seterusnya, ia menjadikan mereka juga terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Sumber: Reuters

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY