Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UK Huawei

Kerajaan UK Akan Membelanjakan RM1.3 Bilion Bagi Menyokong Syarikat Telco Tukar Kelengkapan 5G Huawei

Diterbitkan November 26, 2020 oleh Amalina Athman

Awal tahun ini, United Kingdom telah menyekat gergasi teknologi China, Huawei dari terlibat dalam pembangunan infrastruktur 5G dan meminta syarikat telekomunikasi untuk mengeluarkan kelengkapan Huawei menjelang 2027.

Terbaru, kerajaan UK dilaporkan akan membelanjakan 250 juta pound (~RM1.3 bilion) untuk menggantikan kelengkapan 5G Huawei dari infrastruktur telekomunikasi negara itu.

Dengan ketiadaan Huawei dalam pembangunan infrastruktur 5G negara itu, syarikat telco hanya mempunyai dua pilihan pembekal iaitu Nokia dan Ericson. Bagaimanapun, pengurangan persaingan pembekal ini akan meningkatkan harga pasaran.

Dengan larangan ini juga, ia mungkin memberi kelebihan kepada syarikat seperti Nokia dan Ericson untuk mendapatkan lebih banyak kontrak dari syarikat telekomunikasi.

Oleh itu, kerajaan UK telah mengambil langkah untuk menambah bilangan pembekal, di mana lebih banyak maklumat mengenainya akan diumumkan akhir tahun ini.

Terdahulu, tindakan UK menyekat Huawei dari terlibat pembangunan infrastruktur 5G dipercayai adalah berikutan tekanan dari Amerika Syarikat.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY