Rangkaian jenama seperti Quiksilver, Billabong dan DC Shoes terjejas dengan serangan ini.
Boardriders, syarikat induk yang mengeluarkan pelbagai barangan sukan dan fesyen berjenama terkenal seperti Quiksilver, Billabong, ROXY, RVCA, DC Shoes dan Element telah menjadi mangsa serangan ransomware.
Serangan tersebut sekaligus menjejaskan rangkaian produk keluaran mereka sehingga memaksa syarikat tersebut menutup sistem komputer yang terjejas di seluruh dunia.
Boardriders memaklumkan, serangan tersebut menjejaskan sebahagian sistem komputer mereka dibeberapa pasaran utama mereka.
"Our IT teams have been working to quickly restore our systems to support our operations, which are now largely transacting and shipping normally."
Walaubagaimanapun, pihak Boardriders tidak mendedahkan lebih lanjut bentuk serangan penggodaman yang berlaku tetapi ia dipercayai berpunca daripada serangan ransomware.
Berikutan serangan ini juga, tempahan barangan untuk dihantar kepada pembeli akan menyebabkan berlaku kelewatan menurut sumber yang mengetahui akan isu ini.
"They have been in a world of pain. Staff haven’t even been able to turn on their computers and have been banned from using them until the whole IT system is cleaned"
Boardriders mempunyai lebih daripada 10 ribu orang pekerja di lebih 110 buah negara.
Sumber: Bleeping Computer
Berkaitan
- Fasiliti Penyelidikan COVID-19 Diserang Ransomware Selepas Pelajar Memasang Perisian Cetak Rompak
- Penggodam Boleh Eksploitasi Pepijat Dalam Sistem Tanpa Kunci Kereta Honda
- 'Orang Dalam' Punca Berlaku Peningkatan Serangan Ransomware Pada Organisasi - Gigamon
- Penggodam Rusia Dakwa Bertanggungjawab Serang Laman Sesawang Kerajaan AS
- Penggodam China Menemui Cara Baru Bagi Melepasi Ciri Pengesahan 2 Faktor
- Grup Ransomware Baharu Dakwa Berjaya Godam Seluruh Sistem Sony
- Serangan Ransomware Menyebabkan Sistem Bandar Johannesburg Tergendala
- Penggodam Kriptowang Ini Dapat Tawaran Bekerja Dari Syarikat Yang Digodamnya
- Google Telah Membayar Sebanyak USD6.5 Juta Kepada Penggodam Sepanjang 2019
- Namewee Sahkan Akaun YouTubenya Digodam Penggodam Russia