Penggodam meminta bayaran sebanyak 4BTC (sekitar USD30,493.00).
Pada 25 Oktober lalu bandaraya terbesar Afrika Selatan, Johannesburg telah diserang ransomware. Serangna tersebut sekaligus menyebabkan sistem bandaraya itu termasuklah servis e-platfom, laman sesawang, sistem bayaran bil atas talian terpaksa diberhentikan oleh pihak berkuasa.
Menerusi perkongsian oleh pihak media bandar itu di laman Twitter, penggodam dilaporkan meminta bayaran sebanyak 4BTC atau bersamaan sekitar USD30,493.00 dari pihak berkuasa tempatan negara itu.
Bayaran pula mestilah dibuat sebelum 28 Oktober ini.
Bonang @KaoT1C00 @MokoenaDee pic.twitter.com/1OtjAQeraI
— Pule_tjp🐦 (@pule_madumo) October 25, 2019
Berikutan isu penggodaman ini, pihak berkuasa keselamatan siber bandaraya tersebut telah segera menjalankan penyiasatan mereka.
Setakat ini, sistem perkhidmatan atas talian bandar itu masih dalam proses pemulihan secara berperingkat.Para pakar teknikal dilaporkan sedang berusaha membaik pulih sistem atas talian bandar itu dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah penggodaman ini.
Isu serangan siber ini merupakan yang kedua berlaku di Afrika Selatan selepas serangan pertama yang menyasarkan syarikat pembekal elektrik di negara tersebut dibuat dalam bulan Julai lalu.
#Update City Power has been hit by a Ransomware virus. it has encrypted all our databases, applications and network. Currently our ICT department is cleaning and rebuilding all impacted applications.^GR
— @CityPowerJhb (@CityPowerJhb) July 25, 2019
Sumber: Bleeping Computer