Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Web “sonymobile.com” Sudah Tiada Lagi

Grup Ransomware Baharu Dakwa Berjaya Godam Seluruh Sistem Sony

Diterbitkan September 27, 2023 · Dikemas kini September 27, 2023 oleh ariff bukhari

Kumpulan ransomware baru dikenali sebagai RansomedVC mendakwa mereka telah berjaya menggodam sistem komputer Sony. Seperti yang dilakukan oleh geng ransomware lain, mereka membuat pengumuman kejayaan mereka itu di laman web gelap.

Pengumuman itu menyatakan bahawa data Sony tersebut sedia untuk dijual.

“Kami telah berjaya menjejaskan semua sistem sony. Kami tidak akan menebus mereka! kami akan menjual data tersebut disebabkan sony tak nak bayar. DATA ADALAH UNTUK DIJUAL” RansomedVC.

Grup Ransomware Baharu Dakwa Berjaya Godam Seluruh Sistem Sony

Sony masih belum mengulas mengenai perkara itu, dan penting untuk difahami bahawa dakwaan itu hanya datang daripada kumpulan penjenayah tersebut.

Jadi dakwaan pencerobohan ke atas Sony itu mungkin palsu atau mungkin dibesar-besarkan sahaja.

RansomedVC ialah kumpulan perisian tebusan baharu. Ia pertama kali dijejaki oleh penyelidik keselamatan Malwarebytes pada Ogos 2023 lalu selepas ia menerbitkan butiran sembilan mangsa di tapak sesawang gelapnya.

Grup ini menggambarkan diri mereka sebagai “cukai digital untuk keamanan”, tetapi sudah tentu tidak kerana grup seperti ini sentiasa hanya mahu meraih untung wang tunai dari mangsa mereka.

Berkaitan

  • JD Sports Dilapor Digodam, 10 Juta Data Pelanggan Terkesan
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula

Sumber: malwarebytes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY