Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja Australia Berjaya Curi 90-Gigabait Data Daripada Pelayan Apple

Google Telah Membayar Sebanyak USD6.5 Juta Kepada Penggodam Sepanjang 2019

Diterbitkan Januari 31, 2020 oleh ariff bukhari

Penggodam-penggodam ini telah melaporkan penemuan pepijat di dalam ekosistem Google.

Google LLC mendedahkan kepada umum bahawa sepanjang tahun 2019 lalu, mereka telah membayar kepada para penggodam dan penyelidik keselamatan sebanyak USD 6.5 juta.

Jumlah keseluruhan yang dibayar kepada penggodam berkategori ‘white hat‘ itu dibuat menerusi program “Vulnerability Reward Programs” (VRP) yang diwujudkan Google sebagai ganjaran kepada mereka yang melaporkan sebarang penemuan pepijat khususnya terhadap ciri keselamatan di dalam ekosistem Google.

Ia termasuklah produk-produk dan servis yang ditawarkan Google seperti Chrome dan Android. Malah Google juga turut meluaskan pemberian ganjaran dalam VRP mereka terhadap aplikasi-aplikasi popular pihak ketiga yang terdapat di dalam Google Play.

01 Vulnerability Graph
Kredit: Google

Google juga memaklumkan, ganjaran bagi program “Android Security Rewards” (ASR) telah dinaikkan dengan menawarkan ganjaran tertinggi berjumlah USD1 juta menerusi kategori baru.

Ganjaran itu akan diberikan jika penggodam menemui kecacatan ke atas rantaian kod ciri keselamatan Titan M yang ada pada peranti Pixel.

Sepanjang tahun 2019 lalu, seramai 461 penggodam white hat telah menerima ganjaran daripada Google dengan ganjaran tunggal tertinggi yang diterima adalah berjumlah USD201,000.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY