Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Namewee Sahkan Akaun YouTubenya Digodam Penggodam Russia

Posted on April 6, 2022April 6, 2022

YouTuber popular Namewee memaklumkan bahawa akaun YouTube nya telah digodam oleh penggodam yang dipercayai dari Russia.

Menerusi hantaran video di Facebook, Namewee yang ketika ini berada di London dalam nada marah menyatakan saluran YouTube nya iaitu Namewee telah digodam.

Beliau menyatakan, video-video di dalam saluran YouTube yang sudah diuruskannya selama 13 tahun itu kini telah hilang dan saluran YouTube itu kini telah bertukar kepada perkataan Russia.

Ekoran itu, beliau telah memaki hamun kepada penggodam itu menerusi video tersebut serta menyatakan yang beliau menyokong Ukraine.

Saluran YouTube Namewee itu memiliki lebih daripada 3.27 juta pelanggan dan telah pun menerima lebih daripada 1.4 bilion tontonan.

Tetapi berdasarkan kepada semakan terbaru yang dibuat mendapati, kandungan dalam saluran YouTube Namewee telah berjaya diperolehi semula dan kembali aktif.

Sumber: Namewee FB

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress