Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, SpaceX

Syarikat Pemula Sanggup Bayar SpaceX ~RM7.47 Bilion Setahun Demi Pusat Data

Diterbitkan Jun 23, 2026 oleh ariff bukhari

SpaceX pada Isnin memaklumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak berbilang tahun dengan sebuah syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) baharu, Reflection AI, yang akan membayar sekitar $1.8 bilion (~RM7.47 bilion) setahun untuk mengakses pusat data AI milik syarikat roket berkenaan.

Perjanjian tersebut menyusuli kontrak terdahulu dengan Anthropic dan Google, yang masing-masing ditandatangani pada awal Mei dan awal Jun lalu.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi evolusi model perniagaan SpaceX, yang kini meletakkan dirinya sebagai pembekal kuasa pengkomputeran AI.

Di bawah kontrak baharu itu, Reflection AI akan mendapat akses kepada kapasiti di pusat data Colossus 2 yang terletak di Memphis, bersempadan antara Tennessee dan Mississippi, bermula 1 Julai ini, kata syarikat itu kepada AFP.

Sebaik sahaja operasi mencapai skala penuh, Reflection akan membayar SpaceXAI — anak syarikat AI bagi SpaceX — sebanyak $150 juta sebulan sehingga lewat tahun 2029.

Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian tersebut dengan notis 90 hari.

Menariknya, SpaceX akan menyediakan Reflection AI dengan akses kepada pemproses GB300 Nvidia, antara pemproses paling berkuasa di pasaran ketika ini.

Selepas membina pusat data dengan pantas yang pada asalnya bertujuan untuk operasi dan pembangunan AI mereka sendiri, SpaceX telah mengubah haluan dan kini berkongsi kemudahan tersebut dengan syarikat-syarikat lain.

Berpangkalan di New York, Reflection AI telah ditubuhkan pada tahun 2024 oleh dua bekas penyelidik Google DeepMind, Misha Laskin dan Ioannis Antonoglou.

Syarikat pemula tersebut sedang membangunkan model AI termaju yang bersifat lebih terbuka, bermakna ia boleh dimuat turun dan diubah sui, berbeza dengan model yang dipanggil model tertutup seperti ChatGPT milik OpenAI. – AFP.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Rancang Pacu Pusat Data AI Guna Cahaya Matahari 24 Jam Dipancar Dari Angkasa
  • Google Akan Bayar SpaceX ~RM3.64 bilion/bulan Untuk 110,000 GPU Nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY