Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xAI Elon Musk_

Syarikat Elon Musk Failkan Saman Terhadap Apple, OpenAI

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat Elon Musk, xAI dan X, memfailkan saman terhadap Apple dan pembangun ChatGPT, OpenAI. Tuntutan itu mendakwa kedua-dua gergasi teknologi berkonspirasi untuk menghalang persaingan dalam pasaran kecerdasan buatan (AI) dan telefon pintar.

Saman setebal 61 muka surat yang difailkan di mahkamah persekutuan Texas mendakwa Apple dan OpenAI menjalin perjanjian eksklusif yang menjadikan ChatGPT satu-satunya chatbot AI generatif yang diintegrasikan dalam sistem operasi iPhone, dan menghalang pesaing seperti Grok milik xAI.

“Satu kisah tentang dua pihak monopoli yang bergabung untuk memastikan penguasaan mereka berterusan dalam dunia yang bergerak pantas dengan teknologi paling hebat yang pernah dicipta manusia: kecerdasan buatan,” menurut dokumen saman itu.

xAI mendakwa Apple menguasai 65% pasaran telefon pintar di Amerika Syarikat, manakala OpenAI mengawal sekurang-kurangnya 80% pasaran chatbot AI generatif melalui ChatGPT.

Kerjasama antara Apple dan OpenAI diumumkan pada Jun 2024, menjadikan ChatGPT sebagai pembantu AI eksklusif yang boleh diakses melalui Siri dan ciri iPhone lain. Saman itu mendakwa perjanjian ini memberi ChatGPT akses eksklusif kepada “berbilion-bilion arahan pengguna” daripada ratusan juta pengguna iPhone.

Dokumen itu juga menuduh Apple memanipulasi kedudukan App Store untuk memberi kelebihan kepada ChatGPT, sambil melambatkan kelulusan kemas kini aplikasi Grok.

Syarikat Elon Musk menuntut pampasan bernilai berbilion dolar dan perintah injunksi tetap bagi menghentikan amalan antipersaingan yang didakwa berlaku. Mereka juga menuntut perbicaraan juri.

Saman ini muncul selepas ancaman yang dibuat Musk awal bulan ini, yang mencetuskan perbalahan dengan CEO OpenAI, Sam Altman.

Altman membidas tuduhan Musk, berkata Musk sendiri telah memanipulasi algoritma X untuk menguntungkan dirinya dan syarikat-syarilkat miliknya, selain menjejaskan pesaing serta individu yang tidak disukainya.

Kedua-duanya merupakan pengasas OpenAI sebelum Musk meninggalkan syarikat itu pada 2018 dan kini mempunyai hubungan yang tegang.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • AI Boleh Halusinasi, Tak Sepatutnya Terlalu Percaya - CEO OpenAI
  • Elon Musk Dakwa Apple Pilih Kasih Terhadap OpenAI
  • Bukan Pilih Kasih, Ini Respons Apple Berhubung Dakwaan Elon Musk

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY