Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yum! Brands_Sportkeeda

Syarikat Di Sebalik KFC, Pizza Hut, Taco Bell Jadi Sasaran Penggodam, Hampir 300 Restoran Terjejas

Diterbitkan Januari 20, 2023 · Dikemas kini Januari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Yum! Brands, iaitu syarikat yang mengendalikan KFC, Pizza Hut dan Taco Bell mengumumkan telah menjadi sasaran serangan siber yang memaksanya menutup beberapa restoran di United Kingdom.

Berkaitan

  • Perisian Hasad Terbaharu Android Bolehkan Penggodam Kawal Telefon Pengguna
  • Peranti TV Android Ini Didapati Turut Mengandungi Perisian Hasad

Melalui pengumuman pada 18 Januari 2023, Yum menyatakan serangan perisian tebusan itu telah menjejaskan sistem teknologi maklumat tertentu. Pihaknya juga telah memulakan protokol tindak balas selepas mengesan pencerobohan itu, termasuk melaksanakan langkah pembendungan seperti melaksanakan teknologi pemantauan yang dipertingkatkan.

Jelasnya, hampir 300 restoran di UK telah ditutup selama sehari, tetapi semua kedai kini kembali beroperasi seperti biasa.

Walaupun data telah diceroboh daripada rangkaian syarikat dan siasatan sedang dijalankan, pada peringkat ini, tiada bukti bahawa pangkalan data pelanggan telah dicuri.

Ketika ini, Yum! telah terlibat secara aktif dalam memulihkan sepenuhnya sistem yang terjejas, yang dijangka sebahagian besarnya akan siap dalam beberapa hari akan datang.

Untuk makluman, Yum! Brands mengendalikan 53,000 restoran di 155 negara dan wilayah, dengan lebih $5 bilion (~RM21.47 bilion) jumlah aset dan $1.3 bilion (~RM5.58bilion) dalam keuntungan bersih tahunan.

Di Malaysia, Singapura, Brunei serta Kemboja, KFC dan Pizza Hut dikendalikan oleh QSR Brands yang dimiliki oleh Johor Corporation. Sementara Taco Bell pula dikendalikan oleh Harris Beh.

Sumber: Yum! Brands

Gambar utama: Sportskeeda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY