Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Perisian Hasad Terbaharu Android Bolehkan Penggodam Kawal Telefon Pengguna

Diterbitkan Januari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Malware atau perisian hasad Android baharu dinamakan sebagai ‘Hook’ kini dilapor sedang dijual oleh penjenayah siber, yang dikatakan boleh mengambil alih peranti mudah alih dari jauh dalam masa nyata (real-time) menggunakan VNC (virtual network computing).

Berkaitan

  • Penyelidik Temui 5 Aplikasi Android Bawa Pelbagai Perisian Hasad Merbahaya

Perisian hasad baharu itu dipromosikan oleh pencipta Ermac, iaitu sebuah trojan perbankan Android yang dijual pada harga langganan $5,000/bulan (~RM21,465), yang membolehkan pelaku mencuri maklumat daripada lebih 467 aplikasi perbankan dan kripto melalui halaman log bertindih (overlaid).

Walaupun pembangun Hook mendakwa perisian hasad baharu itu mempunyai beberapa ciri tambahan berbanding Ermac, penyelidik di ThreatFabric mempertikaikan dakwaan itu dan menyatakan terdapat pertindihan kod yang meluas antara kedua-duanya.

Perisian Hasad Terbaharu Android Bolehkan Penggodam Kawal Telefon Pengguna

ThreatFabric menerangkan bahawa Hook mengandungi kebanyakan kod asas Ermac, dengan itu ia masih merupakan trojan perbankan. Dalam erti kata lain, Hook merupakan evolusi Ermac. Ia juga menjadikan ancaman itu lebih berbahaya kepada pengguna Android.

Menurut BleepingComputer, perisian hasad Hook ketika ini menyasarkan aplikasi perbankan di Amerika Syarikat, Sepanyol, Australia, Poland, Kanada, Turki, UK, Perancis, Itali dan Portugal. Walau bagaimanapun, dinyatakan juga skop penyasaran Hook meliputi seluruh dunia.

Pada masa ini, Hook diedarkan sebagai APK Google Chrome di bawah nama pakej “com.lojibiwawajinu.guna,” “com.damariwonomiwi.docebi,” “com.damariwonomiwi.docebi,” dan “com.yecomevusaso.pisifo,” tetapi ia boleh berubah pada bila-bila masa.

Untuk mengelak daripada dijangkiti perisian hasad Android, pengguna disarankan untuk memasang aplikasi sah daripada Google Play Store.

Sumber: BleepingComputer

Gambar utama: Tom’s Guide

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY