Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat China Dilapor ‘Intai’ Firma Malaysia Untuk Pemasangan Cip

Syarikat China Dilapor ‘Intai’ Firma Malaysia Untuk Pemasangan Cip

Diterbitkan Disember 18, 2023 · Dikemas kini Disember 18, 2023 oleh Amalina Athman

Syarikat semikonduktor dari China kini mula mencari cara untuk mengelakkan risiko sekiranya Amerika Syarikat (AS) memperluas sekatan ke atas industri cip China. Dalam laporan terbaharu, semakin banyak syarikat yang ingin mendapatkan khidmat kepakaran firma Malaysia untuk pemasangan cip canggih.

Berkaitan

  • Cip 1.4nm TSMC Kini Dalam Pembangunan
  • Tak Endah Sekatan AS, Huawei Masih Perkenal Cip Kirin 9006C

Memetik Reuters, sumbernya berkata syarikat-syarikat itu meminta syarikat di negara ini untuk memasang cip dari jenis unit pemprosesan grafik (GPU).

Permintaan itu hanya merangkumi khidmat pemasangan, yang mana tidak melanggar sebarang sekatan AS – ia tidak melibatkan pengeluaran wafer cip. Difahamkan, beberapa kontrak telah pun dipersetujui.

Bagaimanapun, sumbernya tidak mendedahkan nama syarikat yang terlibat berikutan perjanjian kerahsiaan.

Dalam usaha mengehadkan akses China kepada GPU canggih yang boleh mencetuskan penemuan kecerdasan buatan (AI) atau kuasa superkomputer dan aplikasi ketenteraan, Washington semakin meletakkan sekatan ke atas jualan mereka serta peralatan pembuatan cip yang canggih.

Berikutan sekatan berkenaan dan permintaan AI yang meningkat, syarikat semikonduktor China yang lebih kecil sukar untuk mendapatkan khidmat pembungkusan yang mencukupi di negara itu.

Lanjutan itu, Malaysia yang merupakan antara hab utama dalam rantaian bekalan semikonduktor, dilihat berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan khidmat kepakaran dalam bidang berkenaan.

Ketika ini, Malaysia menyumbang 13% daripada pasaran global untuk pembungkusan, pemasangan dan ujian semikonduktor serta menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 15% menjelang 2030.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY