Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple tsmc_2

Apple Dilapor Akhirnya Bersetuju Dengan Kenaikan Harga Cip TSMC

Diterbitkan Oktober 5, 2022 oleh Amalina Athman

Pada akhir September, laporan menyatakan Apple menolak rancangan TSMC untuk menaikkan harga cip. Dalam laporan terbaharu, Apple kini dilaporkan akhirnya bersetuju untuk menerima kenaikan harga daripada pembekalnya. 

Bermula Januari 2023, TSMC merancang untuk menaikkan harga wafer cip 8-inci sebanyak 6%, sementara wafer cip 12-inci ditetapkan dengan kenaikan harga antara 3% hingga 5%.

Apple Dilapor Akhirnya Bersetuju Dengan Kenaikan Harga Cip TSMC

Dikhabarkan, TSMC terpaksa menaikkan harga bekalan secara drastik berikutan kekurangan cip global. Pembuat komponen dan pembekal bahan lain dalam industri semikonduktor juga telah mengambil langkah yang sama.

Bagi yang belum tahu, TSMC adalah pembekal tunggal bagi cip siri A untuk iPhone, iPad dan cip Apple silikon untuk Mac.

Berkaitan

  • TSMC Beri Amaran Kali Kedua Mahu Naikkan Harga, 'Chippagedon' Terus Membelenggu
  • iPhone 15 Versi Pro Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm
  • TSMC Rancang Mahu Naikkan Harga Cip, Apple Dilapor Tidak Bersetuju

TSMC juga dijangka akan mula menghasilkan cip 3nm untuk Apple menjelang akhir tahun 2022, yang mana cip 3nm pertama Apple mungkin adalah cip silikon M2 untuk Mac. Selain itu, cip A17 Bionic dalam model iPhone 15 Pro tahun depan juga dijangka akan menggunakan teknologi cip 3nm.

Sudah tentu, peralihan Apple kepada cip 3nm akan membawa kepada perubahan prestasi yang lebih baik serta kecekapan kuasa pada Mac dan iPhone akan datang, walaupun mungkin itu bermakna Apple terpaksa membayar harga lebih tinggi dan sekali gus menaikkan harga produk akhir.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY