Swiftkey Untuk Android Bakal Menambah Sokongan Pencarian GIF

Salah satu papan kekunci kegemaran pengguna telefon pintar, Swiftkey, dilaporkan bakal hadir dengan kemaskini sokongan...

  • pencarian GIF, dan

  • beberapa bahasa baru.




Ciri-ciri baru diatas sudah pun menjalani sesi ujian beta dan penawarannya kepada umum dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada Jun yang lalu, pihak pembangun menghadirkan sokongan GIF pada aplikasi itu disamping turut menambah beberapa pintasan pantas(shortcut).

Turut dikhabarkan adalah sokongan kepada 7 bahasa baru seperti...

  1. Amharic,

  2. Coptic,

  3. Dagbani,

  4. Kabyle,

  5. Neapolitan,

  6. Khoekhoe dan

  7. Panglish.


Jadi pengguna android yang menggunakan papan kekunci Swiftkey bolehlah menunggu sedikit masa sahaja lagi.