Sejak PKP bermula tahun lalu, kita semakin lama semakin rancak membeli-belah secara dalam talian. Promosi dimana-mana. Di sana rancak, di sini rancak. Perkara ini dibuktikan dengan tinjauan sebelum ini, sejumlah 22 juta pengguna terlibat dengan pembelian dalam talian. Ini secara tak langsung meletakkan Malaysia mendahului negara lain dalam rantau ini dari segi jumlah pembeli dalam talian.
Sekarang pula, cuti hujung tahun dan perayaan bakal tiba, pastinya sebahagian daripada kita sudah sibuk menempah hotel dan sebagainya. Sudah tentu nak dapatkan tempahan lebih menarik dan cepat adalah melalui dalam talian. Kita belum sebut lagi tentang promosi barangan lagi.
Namun pada sudut yang lain, ini semua bagaikan ‘perayaan’ bagi penjenayah siber dimana mereka menunggu masa sahaja untuk menarik kail apabila umpan disambar pengguna yang mengabaikan keselamatan.
Menurut laporan dari Secure List, Malaysia berada dalam 10 negara dalam senarai ancaman e-mel penipuan. Banyak hantaran e-mel yang mengandungi perisian hasad disasarkan kepada pengguna dalam tempoh suku ketiga 2021.
Kalau mengikut senarai negara paling teruk diancam dengan isu sebegini adalah Sepanyol, Rusia, Italy, Brazil, Mexico, Vietnam, Jerman, UAE, Turki dan di tangga ke-10 adalah Malaysia.
Rasanya sudah banyak kali kita diingatkan dengan tipu helah dalam internet ini tetapi jika diteliti laporan media masa, masih ramai lagi yang terpedaya dengan tawaran too good to be true.
Kita bakal menginjak ke tahun 2022 kurang lebih sebulan lagi, banyak promosi menarik akan ditayangkan kepada kita. Anda mungkin ada pelbagai rancangan untuk beli-belah dengan harga diskaun, tetapi perlu ingat individu tidak bertanggungjawab juga ada perancangan tersendiri untuk membelit anda.
Bagi kaki shopping diluar sana, suka untuk diingatkan bahawa sentiasa berwaspada dengan tawaran yang kelihatan sangat berbaloi. Too good to be true, mat salleh kata. Sentiasa berhati-hati dengan sebarang e-mel yang terkandung dengan pautan ke laman web lain.
Banyak tips-tips mudah boleh kita praktikan contohnya seperti semak logo ‘padlock’ atau HTTPS pada bahagian pautan, elakkan untuk simpan maklumat kad bank di dalam talian serta gunakan kata laluan yang kukuh untuk sebarang urusan dalam talian.
Adakah anda tahu bezakan e-mel itu palsu ataupun tidak? Cuba try test kuiz ini – Tahu Bezakan E-Mel Palsu Atau Sah? Cuba Kuiz Ini
Baca juga: