Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaca Mata Ini Membolehkan Pemakai Mengawal Telefon Pintar Hanya Dengan Menggosok Hidung

Kaca Mata Ini Membolehkan Pemakai Mengawal Telefon Pintar Hanya Dengan Menggosok Hidung

Diterbitkan September 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pelik tetapi inilah  satu projek yang telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari 4 pusat pengajian tinggi terkemuka, KAIST University (Korea Selatan), Keio University (Jepun), University of St. Andrews (Scotland), dan Georgia Tech (Amerika Syarikat).

Kebanyakkan orang mengganggap perlakuan bermain telefon ketika sedang berbual dengan orang lain adalah kurang sopan. Melihat kepada perkara itu, satu prototaip kaca mata telah dibangunkan supaya pengguna dapat mengawal peranti mudah alih tanpa perlu kelihatan biadab dimata awam.

Kaca mata ini dilengkapi dengan sistem sensor Eyeboard Electrooculography (EOG) yang mana ia mengukur potensi elektrik yang dihasilkan pada kulit dikawasan hidung.

Sensor yang terletak pada penyambung bingkai kaca mata itu telah dilatih untuk melaksanakan arahan berdasarkan sentuhan hidung yang pelbagai seperti menolak hidung kekiri, kekanan, menggosok hidung dan banyak lagi.

Kaca Mata Ini Membolehkan Pemakai Mengawal Telefon Pintar Hanya Dengan Menggosok Hidung

Setiap sentuhan akan menghasilkan kawalan yang berbeza dan ia mirip seperti fungsi Google Glass, tetapi berbezanya adalah kaca mata ini menggunakan gerakan dari hidung.

Sistem yang dikenali dengan nama ItchyNose ini masih mempunyai beberapa kekangan, seperti contoh sensor tidak dapat membezakan gerakan itu bertujuan untuk mengawal peranti ataupun sekadar menghilangkan kegatalan hidung si pemakai.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY