Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A9 2020.

OPPO Bakal Bawa Masuk Peranti Dengan Bateri 5000mAh Tidak Lama Lagi

Diterbitkan September 5, 2019 ยท Dikemas kini September 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah mengacah bakal membawa masuk peranti dilengkapi dengan empat kamera, OPPO Malaysia hari ini telah mengesahkan model yang akan dibawa masuk adalah OPPO A9 2020 dan bukannya seperti spekulasi yang diperkatakan sebelum ini.

Model ini dikatakan bakal memberi lebih penawaran dari yang sebelumnya dengan kelengakapan empat kamera termasuklah lensa 48MP bersama-sama kapasiti memori RM8GB serta storan sehingga 128GB.

OPPO A9 2020

Selain daripada itu, OPPO juga akan memuatkan bateri 5000mAh memberikan pemilik lebih masa penggunaan. Lain-lain spesifikasi masih belum didedahkan tetapi berdasarkan khabar angin, ia diramal hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 665, lensa hadapan 16MP, kamera belakang 48MP+8MP+2MP+2MP serta menjalankan sistem ColorOS 6.1 berasaskan Android Pie.

OPPO mungkin akan berkongsi informasi lain mengenai OPPO A9 2020 seperti harga dan tarikh pelancaran tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY