Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Swafoto Dengan Isyarat “Peace” Berisiko, AI Boleh Curi Cap Jari

Swafoto Dengan Isyarat “Peace” Berisiko, AI Boleh Curi Cap Jari

Diterbitkan Jun 15, 2026 · Dikemas kini Jun 15, 2026 oleh ariff bukhari

Penggunaan cap jari sebagai kaedah keselamatan pada telefon pintar, komputer riba dan tablet semakin dipersoalkan apabila pakar memberi amaran tentang risiko baharu.

Dengan kamera resolusi tinggi dan teknologi AI, cap jari pengguna boleh dicuri hanya melalui swafoto.

Kajian oleh penyelidik keselamatan China menunjukkan, gambar yang diambil dalam jarak lima kaki, terutama dengan jari menghadap kamera, mampu mendedahkan corak cap jari yang jelas.

Lebih membimbangkan, perisian suntingan imej dan AI kini boleh menajamkan garisan halus pada jari, menjadikan pemalsuan cap jari lebih mudah.

Fenomena ini menjadi viral di China kerana gaya swafoto popular dengan isyarat “peace” atau “V” yang mendedahkan jari telunjuk dan tengah.

Sebenarnya, serangan sebegini bukanlah baharu.

Pada 2013, Jan Krissler berjaya menembusi Touch ID Apple, dan pada 2014 beliau menghasilkan semula cap jari seorang menteri Jerman daripada foto awam.

Pada 2021, Kraken Security Labs pula membuktikan cap jari boleh dipalsukan hanya dengan foto, Photoshop, pencetak laser dan gam kayu.

Cap jari kekal popular untuk keselamata data kerana ia lebih mudah berbanding kata laluan dan masih dianggap cukup selamat untuk menghalang pencuri biasa.

Namun, ekoran teknologi  yangsemakin canggih ini, pengguna digesa untuk lebih berhati-hati ketika bergambar dan mempertimbangkan kaedah keselamatan tambahan seperti pengesahan dua faktor.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Ikat Telefon Di Kepala, Pekerja Di India Raih ~RM10/jam Latih Robot AI Dari Rumah
  • Agensi Kesihatan Sweden Syorkan Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun Tidak Diberi Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY