Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Super Mario Run Di Muat Turun Lebih 40 Juta Kali Dalam Masa Empat Hari

Super Mario Run Di Muat Turun Lebih 40 Juta Kali Dalam Masa Empat Hari

Diterbitkan Disember 21, 2016 oleh Helmi Samsuri

Selepas melancarkan permainan Miitomo untuk platform telefon pintar, Nintendo kini kembali dengan sebuah permainan popular mereka yang tidak asing lagi, Super Mario Run. Permainan telefon pintar kedua yang dibangunkan syarikat itu nampaknya mendapat sambutan hangat dari pengguna serata dunia kerana lebih 40 juta kali dimuat turun bagi versi percuma. Bagi versi penuh ia boleh dilanggan pada harga USD 10. Bagaimana pula jika kita bandingkan Super Mario Run ini dengan permainan hit 2016, Pokemon Go?

Permainan Super Mario Run dilancarkan keseluruh dunia secara serentak tetapi hanya terhad kepada peranti iOS seperti iPhone dan iPad sahaja. Sementara itu, Pokemon Go dibangunkan untuk semua platform telefon pintar dan ia dikeluarkan secara berperingkat-peringkat keseluruh dunia. Muat turun Pokemon Go menjangkau angka 30 juta dalam masa dua minggu.

Dari segi menjana keuntungan pula, kedua-dua aplikasi permainan ini adalah percuma untuk dimuat turun (untuk permulaan), dimana Pokemon Go bergantung kepada pembelian dalam aplikasi. Super Mario Run pula menawarkan pembelian untuk permainan versi penuh hanya pada harga USD10 sahaja. Tiada pembelian dalam aplikasi untuk permainan Super Mario Run buat masa ini.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan popular ini boleh muat turun disini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY