Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kakao entertainment

Suku Pertama 2025, 11 Laman Cetak Rompak Ditumbangkan Kakao Entertainment

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Kakao Entertainment semakin agresif membanteras cetak rompak digital. Dalam laporan yonhapnews, syarikat itu mendedahkan kejayaan menutup 11 laman web cetak rompak di seluruh dunia hanya pada separuh pertama 2025.

Selain itu, lebih 160 juta kandungan haram seperti webtoon dan webnovel berjaya dipadam daripada internet.

Antara operasi terbesar melibatkan Reaperscans, laman cetak rompak popular dengan hampir 10 juta pelawat bulanan. Kerugian akibat laman ini dianggarkan mencecah RM24 bilion.

Suku Pertama 2025, 11 Laman Cetak Rompak Ditumbangkan Kakao Entertainment
laman reaperscan ‘terkubur’ pada Mei lepas

Sejak menubuhkan pasukan khas pada 2021, Kakao Enter sudah mengenal pasti 130 pengendali laman haram dan berjaya menutup 29 laman hasil kerjasama dengan Interpol serta pihak berkuasa di China, Vietnam, Brazil, Sepanyol dan UK.

Kini, syarikat itu bukan sahaja fokus pada webtoon dan novel, malah mula memantau drama serta kandungan video bagi memastikan ekosistem digital lebih sihat.

Berkaitan

  • Industri Manga Dan Anime Rugi Lebih 65 Bilion Kerana 'Aktiviti Lanun'
  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY