Suka Selfie Dan Beriadah? Lengkapkan Gaya Hidup Anda Dengan Dua Peranti HONOR Ini

Reading Time: 4 minutes

Tahun demi tahun bermacam-macam peranti pintar dibawa masuk kedalam negara. Tak kiralah telefon pintar atau penjejak kecerdasan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Mahal, murah, binaan kemas, selfie, bergaya dan banyak lagi faktor penarik untuk anda pilih.

Kalau bab membeli ni, sesetengah orang suka cakap “Biar papa asal bergaya”, tapi perlu diingat, tak semestinya mahal itu bagus, tak juga murah itu berbaloi.

Anda suka selfie? Anda suka beriadah seperti bersenam, berenang atau berlari? Hanya mempunyai bajet bawah RM1000? Anda boleh teruskan bacaan dibawah.

Tampil bergaya dengan dua peranti HONOR ada bajet bawah RM1000

Ya betul, siap ada baki lagi. Dua peranti yang dimaksudkan adalah HONOR 10 Lite dan HONOR Band 4.

Kita cerita dulu tentang HONOR 10 lite. Ia dibawa masuk untuk pembeli tempatan awal Januari lepas dan sememangnya ditujukan khas untuk pengguna yang gemarkan selfie. Untuk itu, panel hadapan dibekalkan dengan lensa 24MP beserta keupayaan AI untuk mempelbagaikan lagi gaya selfie anda.

Dijual pada paras bawah RM800, rakaman foto kamera hadapan boleh dikatakan baik untuk tanda harga ini dengan penghasilan warna, ketajaman serta perincian yang diberikan.

Ciri AI juga meningkatkan lagi kualiti rakaman selfie bokeh dengan kesan kabur yang kemas tanpa menghilangkang terus latarbelakang. Kita masih nampak lagi perincian latar belakang dengan warna yang lembut dan bukannya kabur semata-mata.

Untuk kamera belakang pula, dwi lensa gabungan 13MP (f/1.8) dan 2MP untuk sokongan potret. Warna rakaman foto yang dipaparkan terang dan menariknya juga ia mempunyai ciri Night mode. Foto malam mungkin kurang menyengat untuk tetapan normal, oleh itu Night Mode berfungsi meningkatkan perincian foto.

Rekaan luar kelihatan premium, lebih-lebih lagi untuk pilihan warna Sapphire Blue. Walaupun panel belakang diperbuat daripada plastik tetapi HONOR berjaya menampilkan kemasan seakan-akan kaca. Sebab itu ia diletakkan pada harga sedemikian tetapi masih mampu mengekalkan gaya premium dan kemas.

Lain-lain spesifikasi yang boleh didapati pada HONOR 10 Lite adalah cip Kirin 710, skrin 6.2 inci dengan dengan takuk seperti titisan air, RAM 3GB dengan pilihan storan 32GB serta 64GB bersama-sama sokongan memori tambahan kad MikroSD sehingga 512GB, bateri 3400mAh dengan screen on time sekitar 6 jam.

Menampilkan rekaan yang kemas pada tanda harga RM799 untuk versi RAM 3GB dan memori 64GB. Satu lagi versi RAM 3GB dan storan 32GB dijual pada paras RM669.

Lengkapkan lagi gaya kemas anda dengan gaya hidup sihat bersama HONOR Band 4

Mengiringi kedatangan HONOR 10 Lite adalah HONOR Band 4, penjejak kecerdasan yang ditawarkan dengan dua versi.

Bagi korang yang nak bergaya sepanjang masa tak kira keluar bersama rakan atau ketika beriadah, HONOR Band 4 mungkin jawapannya.

Bukan sekadar penjejak kecerdasan yang mempunyai tali berwarna-warni, HONOR Band 4 dilengkapkan dengan skrin AMOLED 0.95 inci, pengimbas degup jantung, penjejak tidur, notifikasi dari sambungan telefon pintar dan bateri yang dijanjikan bertahan sekitar 17 hari. Ia juga kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Satu lagi versi adalah HONOR Band 4 Running Edition, dipakaikan pada kasut sukan anda.

Menyokong penggunaan sensor 6 paksi bagi fungsi pengesanan, paparan 0.5 inci dan sekali pengecasan penuh boleh mencecah penggunaan selama 21 hari. Ia mengesan gerak larian dan akan memberikan tips yang bersesuaian dengan cara larian anda.

Dari kiri: HONOR Band 4 Running Edition dan HONOR Band 4

HONOR Band 4 dijual pada harga RM149 sementara Running Edition berharga RM 79.

Jika rasa anda seorang yang gila ber-selfie, gemar beriadah dan mementingkan gaya kemas, dengan bajet bawah RM1000, anda bolehlah mempertimbangkan untuk mendapatkan HONOR 10 Lite dan sebuah penjejak kecerdasan HONOR Band 4 atau HONOR Band 4 Running Edition.

Untuk yang berminat, boleh beli dari Gedung dalam talian HONOR Malaysia atau juga di Lazada.