Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799

Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799

Diterbitkan Ogos 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Melengkapkan lagi penawaran dalam siri Mi 9 dalam negara, Xiaomi Malaysia hari ini rasmi mengumumkan ketibaan sebuah lagi peranti yang dinantikan ramai  untuk pasaran tempatan. Diperkenalkan terlebih dahulu sebagai Redmi K20 Pro di China, versi tersebut dijenamakan semula untuk pasaran global sebagai Mi 9T Pro.

Dari segi rekaan, ia hadir sama seperti Mi 9T dengan binaan panel kaca diluar bersama-sama tiga pilihan warna Carbon Black, Glacier Blue dan Flaming Red. Perbezaan ketara boleh dlihat pada komponen dalam yang mana versi Pro menggunapakai Snapdragon 855 beserta sistem penyejukan grafit 8 lapisan.

Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799

Menggunakan tiga kamera pada bahagian belakang, namun Mi 9T Pro diperkuatkan lagi dengan penggunaan sensor 48MP Sony IMX 586 bertugas sebagai lensa utama diiringi dengan 13MP ultra lebar dan 8MP telefoto. Imbas kembali, model Mi 9T juga mempunyai tiga kamera tetapi lensa 48MP adalah dari Sony IMX 582.

Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799
Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799

Lain-lain spesifikasi yang dibawakan masih sama seperti Mi 9T iaitu skrin paparan AMOLED 6.39 inci FHD+, bateri 4000mAh sokongan pengecasan pantas 27W (pengecas dalam kotak 18W), port USB C, pengimbas cap jari pada paparan dan kamera terangkat 20MP.

Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799

Dua variasi Mi 9T Pro akan mula ditawarkan di Malaysia adalah RAM 6/64GB dijual pada harga RM1599 dan RAM 6GB/128GB diletakkan pada nilai RM1799. Jualan akan bermula pada 30 Ogos 2019.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY