Kebanyakkan telefon pintar yang diperkenalkan pada masa kini hadir dengan kapasiti bateri yang besar.
Seiring dengan itu, teknologi pengecasan yang lebih pantas diperkenalkan bagi menampung keperluan pengguna.
Jika OPPO mempunyai SuperVOOC dengan daya 50W, Huawei dengan kuasa pengecasan 55W, Xiaomi kini mengambil giliran dan dikatakan bakal mengumumkan pengecasan 100W SuperCharge Turbo.
Video demonstrasi pengecasan pantas tersebut telah dikongsikan oleh CEO Redmi, Lu Weibing.
Dua peranti diperlihatkan; peranti dengan bateri 4000mAh menggunakan pengecasan 100W Super Charge Turbo manakala sebuah lagi peranti dengan bateri 3700mAh dicas melalui SuperVOOC 50W.
Hasilnya, teknologi pengecasan Xiaomi itu hanya memerlukan tempoh 17 minit untuk satu pengecasan penuh. Sementara itu, peranti disebelahnya hanya dapat dicas pada kadar 65% sahaja.
Tiada maklumat terperinci dikongsikan, tetapi kita boleh membayangkan teknologi pengecasan pantas ini bakal dibawa pada peranti Xiaomi dan Redmi pada masa depan.
Acara pengenalan teknologi pengecasan pantas 100W Super Charge Turbo ini dikhabarkan berlangsung esok.
Sumber: XDA Developers