Lebih Banyak Aksesori Xiaomi Akan Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Berita gembira buat peminat tegar jenama Xiaomi kerana anda bakal dihidangkan dengan lebih banyak produk syarikat itu hasil kerjasama bersama pengedar sah tempatan, Era International Network(EIN).

Memetik laporan dari Lowyat, Xiaomi menyatakan EIN bakal membawakan pelbagai jenis produk mereka ke dalam pasaran negara dan ia tidak terhad kepada telefon pintar sahaja. Jika anda perhatikan di gedung dalam talian Xiaomi di Lazada, bagasi 90 Point Luggage kini di tawarkan dalam dua saiz, 20" serta 24" dan akan disusuli dengan barangan yang lain tidak lama lagi.

Dengan kerjasama yang dipertingkatkan itu, sudah pasti beberapa produk yang sebelum ini agak sukar untuk diperolehi di Malaysia ditawarkan secara rasmi pada masa akan datang. Xiaomi juga bakal memiliki dua lagi kedai konsep yang akan dibuka bertempat di KLCC dan IOI City Mall.

Lihat produk di gedung dalam talian Xiaomi di Lazada

Sumber: Lowyat