Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Cadangkan Kapal Angkasa Menghantar 100 Orang Ke Marikh Dalam Masa 80 Hari

Elon Musk Cadangkan Kapal Angkasa Menghantar 100 Orang Ke Marikh Dalam Masa 80 Hari

Diterbitkan September 28, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX memperkenalkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di planet Marikh. Ia merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dengan perancangan membawa manusia dan membuka penempatan di planet merah tersebut.

Walaupun belum disahkan lagi, kapal angkasa itu mungkin akan dinamakan dengan nama “Heart of Gold” yang diinspirasikan dari novel Douglas Adam; Hitchhiker Guide to the Galaxy. Kapal angkasa itu akan berdiameter 17 meter.

Perancangan awal syarikat itu adalah untuk menghantar 100 orang untuk satu perjalanan. Tetapi Musk mungkin mahu menambah bilangan penumpang kepada 200 orang untuk menjadikan kos penghantaran lebih murah. Perjalanan ke Marikh itu boleh menjangkau 150 hari dan paling cepat selama 80 hari bergantung kepada tahun dan teknologi semasa. Harapan syarikat itu adalah untuk memendekkan masa perjalanan kepada 30 hari pada masa hadapan.

Mempunyai pelancar roket berdiameter 12 meter dan berketinggian 12 meter, kapal angkasa terbabit mampu menampung berat muatan sehingga 450 tan bergantung kepada berapa kali ia mengisi minyak.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY