Streamyx Mungkin Dijenamakan Semula Dibawah UniFi Berdasarkan Imej Yang Tersebar Ini

Mungkinkah pakej internet Streamyx bakal ditukarkan namanya menjadi UniFi Broadband?Persoalan ini mula timbul apabila satu imej dimuat naik di laman Twitter. Menerusi imej tersebut, ia membayangkan bahawa TM mungkin akan meninggalkan nama Streamyx dan menjenamakannya semula dibawah UniFi.



Langkah ini dilihat sebagai menyatukan produk mereka yang pelbagai dibawah satu nama iaitu UniFi dan ia bukanlah perkara baru kerana sepertimana yang diberitakan sebelum ini, TM turut menukar paparan nama rangkaian Webe di telefon pintar kepada UniFi.

Selain daripada itu, terdapat juga khabar angin yang menyatakan jika sesebuah kawasan itu sudah tersedia dengan sokongan UniFi, tiada lagi tawaran Streamyx yang akan dibuat. Hal ini mungkin disebabkan syarikat komunikasi itu mahu meluaskan pakej UniFi mereka seperti UniFi Lite yang lebih murah berbanding pakej Streamyx.

Sumber: ABEBOB dan Amanz.my