Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi note 8 pro

Redmi Note 8 Pro Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 64MP

Diterbitkan Ogos 30, 2019 · Dikemas kini Ogos 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menyambung penawaran Redmi Note sedia ada, sub-jenama Xiaomi, Redmi semalam telah melancarkan dua model telefon pintar, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro.

Seperti yang sebelumnya, versi standard membawa tanda harga yang lebih mampu milik sementara  versi Pro secara rasminya diperkenalkan sebagai telefon pintar pertama didunia dilengkapi denga kamera 64MP.

Redmi Note 8 Pro

Walaupun Realme sebelum ini tampil mengumumkan Realme XT sebagai telefon pintar pertama berkamera 64MP, pengeluar itu masih belum lagi mendedahkan secara terperinci spesifikasi, harga serta ketersediaanya di pasaran dan ini menjadikan Redmi Note 8 Pro sebagai peranti pertama di dunia rasmi dilancarkan dengan lensa berkenaan.

Redmi Note 8 Pro

Versi Pro siri ini hadir dengan panel LCD berukuran 6.53 inci menyokong resolusi Full HD+. Ia mempunyai tetapan 4 kamera belakang terdiri daripada lensa 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan lensa makro 2MP. Tugas merakam bahagian hadapan digalas oleh lensa 20MP yang ditempatkan pada takuk pada skrin paparan.

Selain itu, Redmi Note 8 Pro juga merupakan peranti pertama menggunapakai cip pemprosesan MediaTek Helio G90T yang mana ia akan diiringi memori RAM 6GB/8GB bersama storan 64GB/128GB. Bateri yang dipasang berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Menguatkan lagi penawaran adalah sistem penyejukan cecair dan ciri sambungan rangkaian WiFi serta 4G untuk memberikan lagi lebih prestasi ketika bermain permainan mudah alih. Redmi Note 8 Pro disediakan dengan tiga pilihan warna hitam, hijau dan putih. Harga jualan pula antara 1399 yuan (~RM826) bagi RAM 6GB/64GB sehingga 1799 (~RM1063) untuk variasi tertinggi RAM 8GB/128GB.

Redmi Note 8

Menerusi Redmi Note 8, pengeluarkan menawarkan cip pemprosesan Snapdragon 665 serta RAM antara 4GB/6GB serta memori simpanan sebesar 64GB dan 128GB. Ia turut didatangkan dengan 4 kamera kombinasi lensa 48MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan 2MP lensa makro.

Pengguna boleh membezakan antara dua model ini dengan kedudukan kamera belakang, versi standard diletakkan pada sisi kiri sementara versi Pro kamera berada ditengah-tengah.

Redmi Note 8

Takuk pada bahagian skrin paparan 6.3 inci pula dihuni dengan kamera 13MP. Spesifikasi lain yang boleh didapati pada peranti ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB-C. Warna-warna yang tersedia untuk Redmi Note 8 ialah hitam, putih dan biru.

Oleh kerana dipasang dengan skrin paparan LCD, kedua-duanya tidak mempunyai pengimbas cap jari pada paparan seperti kebanyakan telefon pintar yang diperkenalkan tahun ini. Ciri tersebut ditawarkan menggunakan sensori fizikal pada panel belakang.

Harga mengikut variasi; 4GB/64GB 999 yuan (~RM590), 6GB/64GB 1199 yuan (~RM708) dan 6GB/128GB (~RM826).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY