Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Epson Lancar Dua Model Projektor Dikuasakan Dengan Teknologi 4K PRO-UHD

Posted on Mac 12, 2019Mac 12, 2019

Epson Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan dua buah model projektor EH-TW7400 dan EH-TW9400.

Kedua-duanya bakal dikuasakan oleh teknologi 4K Pro-UHD, menjanjikan paparan serta pengalaman 4K terbaik, lebih-lebih lagi bagi peminat filem.

EH TW9400

Antara kelebihan teknologi ini adalah, teknologi 4K yang dipertingkatkan, rekabentuk cip 3D canggih, HDR 10, kecerahan warna 100%, L*a*b* Ultra-Wide Color Gamut, dan kontras warna hitam yang tinggi.

EH TW7400

Projektor-projektor ini menawarkan nisbah kontras dinamik tinggi sehingga 1,200,000:1, gamut warna yang luas memaparkan keseluruhan ruang warna dci-p3, dan  kecerahan putih sehingga 2600 lumens. Ia turut menyokong kandungan HDR.

Ciri-ciri lain yang boleh didapati adalah sokongan 2D dan 3D, port sambungan HDMI, paparan sehingga 300 inci.

Kedua-duanya bakal dijual bermula pertengahan April depan melalui pengedar sah Epson. Harga untuk model EH-TW7400 adlaah RM9800 dan EH-TW9400 ialah RM 14919.

Setiap pembelian akan disertakan dengan dua pasang cermin mata 3D secara percuma.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress