Berdasarkan imej yang diperolehi oleh 91Mobiles, model didakwa sebagai Pixel 4XL itu telah menjalankan sebuah aplikasi yang menunjukkan ia akan tampil dengan skrin paparan 6.23 inci serta resolusi 1440 x 3040. Ia sedikit kecil jika dibandingkan dengan keluaran lalu, Pixel 3 XL yang mempunyai paparan 6.3 inci 1440 x 2960.
Bagi cip pula, aplikasi tersebut menyenaraikan Snapdragon 855 dan bukannya Snapdragon 855 Plus seperti yang diharap-harapkan segelintir peminat. Namun ia bukanlah masalah besar kerana umum mengetahui keupayaan yang mampu ditawarkan cip dari Qualcomm itu.
Pendedahan lain yang sudah sedia tersebar sebelum ini pula memperlihatkan rupa bentuk sebenar Pixel 4 XL dengan dua warna iaitu hitam serta putih.
Antara spesifikasi lain yang turut dikaitkan dengan model ini ialah paparan 90Hz, RAM 6GB disamping memori simpanan 64GB. Janaan kuasa peranti diramal disalurkann dari bateri 2800mAh sementara model XL dengan bateri 3700mAh.
Sumber: Android Authority dan Android Central
Berkaitan
- Lenovo Z5 Pro Akan Dilengkapi Dengan 4 Kamera Utama
- Redmi Note 7 Pro Dilancarkan Bersama Kamera 48MP Dan Snapdragon 675
- "Jika Anda Pentingkan Gambar Yang Berkualiti, Itu Bermaksud Anda Memiliki iPhone" - Bekas Naib Presiden Google
- Facebook Bakal Hadir Dengan Sokongan Video 4K
- Redmi 7A Berharga RM459 Boleh Mula Dibeli Dari Xiaomi Official Store Global
- Sekat Pornografi Atau Anda Disekat, Amaran Indonesia Kepada Google Dan Twitter
- Xiaomi Paten Sistem Kamera Periskop, Mungkin Hadir Pada Mi Mix 4
- Selepas Pixel, Android Q Akan Datang Lebih Awal Kepada Beberapa Model Huawei Dan HONOR
- Samsung Galaxy A70 - Peranti Dengan Skrin 6.7 Inci Dan Bateri 4500mAh
- Digi Buka Program Latihan Siswazah, Bakal Ditutup Pada 14 Jun Ini