Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Realme 2 Dan Realme C1 Mula Dinaik Taraf Kepada Android Pie 9

Posted on Julai 8, 2019

Mula melepaskan ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9 beta untuk Realme 2 kira-kira kurang sebulan yang lalu, versi stabil kini dikatakan sudah mula diberikan kepada pemilik peranti.

Naik taraf baru itu hadir dengan saiz  2GB serta membawakan beberapa perubahan. Turut sama menerima kemaskini tersebut adalah model Realme C1 yang pertama kali dilancarkan di Malaysia pada November lepas.

Antara kandungan kemaskini:

Sistem

  • Menambah ikon notifikasi dalam bar status
  • Menambah isyarat sentuhan yang baru
  • Menambah app drawer pada pelancar ColorOS
  • Menambah Riding Mode
  • Tampalan Sekuriti Android: 5 Jun 2019

Antaramuka

  • Kemaskini antaramuka panel notifikasi
  • Kemaskini antaramuka AI Board
  • Kemaskini tema lalai

Aplikasi

  • Menambah realme Theme Store

Melalui kemaskini yang dilepaskan ini, ia menunjukkan bahawa Realme menunaikan janji mereka untuk menaik taraf model-model tahun lalu kepada Android Pie 9. Kemaskini dilepaskan secara berperingkat dan ia mungkin mengambil sedikit masa sahaja lagi untuk diterima pengguna.

Sumber: PiunikaWeb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress