Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

StepX Neo Diperkenal, Didakwa Telefon Berasaskan AI Pertama Di Dunia

Posted on Julai 14, 2026Julai 14, 2026

Syarikat AI dari China, StepFun (StepX), memperkenalkan STEPX Neo, yang didakwa sebagai telefon berasaskan AI (Agentic Phone) pertama di dunia. Peranti ini turut menjadi produk pertama di bawah jenama baharu STEPX yang memfokuskan pembangunan peranti berasaskan model bahasa raya (LLM).

Keunikan utama STEPX Neo terletak pada sistem operasinya, Step AOS, yang dibangunkan khusus untuk AI dan bukannya sekadar menambah ciri AI pada sistem operasi sedia ada.

https://x.com/UniverseIce/status/2076634518640037977?s=20

Menurut StepFun, Step AOS dibina dari peringkat asas supaya ejen AI boleh mengakses fungsi sistem, aplikasi dan fail secara terus menggunakan piawaian Model Context Protocol (MCP).

Kredit: ithome

Telefon ini turut dilengkapi ejen AI terbina dalam dikenali sebagai Amoo, yang mampu memahami arahan suara, teks dan imej, selain mengendalikan pelbagai tugasan merentasi aplikasi tanpa pengguna perlu membuka setiap aplikasi secara manual.

Step AOS turut memfokuskan tiga komponen utama iaitu memori, keupayaan membuat keputusan dan keselamatan. Sistem ini mampu mengingati keutamaan pengguna, memilih model AI yang sesuai mengikut tugasan, serta menawarkan kawalan keselamatan seperti pemberian kebenaran sementara dan fungsi membatalkan tindakan yang telah dilakukan.

Bagi memperluaskan ekosistemnya, StepFun mengumumkan kerjasama dengan beberapa platform utama di China termasuk Alipay, Meituan, Didi, JD.com, Baidu, WPS, Ctrip dan Jianying, membolehkan AI berinteraksi secara terus dengan pelbagai perkhidmatan harian.

Setakat ini, syarikat masih belum mendedahkan spesifikasi penuh, harga atau tarikh jualan STEPX Neo. Namun pelancarannya dilihat sebagai satu langkah penting ke arah telefon pintar yang meletakkan AI sebagai teras pengalaman pengguna, berbanding sekadar ciri tambahan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress