Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam Chat Kini Berwajah Baharu Dengan Fungsi Chat Yang Dipertingkatkan

Steam Chat Kini Berwajah Baharu Dengan Fungsi Chat Yang Dipertingkatkan

Diterbitkan Julai 26, 2018 oleh Wiser MY

Steam telah melakukan beberapa perubahan fizikal yang boleh dilihat di dalam game client mereka mulai hari ini. Perubahan tersebut kini berkemampuan untuk menyokong lebih banyak kandungan media di dalam client tersebut.

Setiap perbualan di Steam kini lebih mesra multimedia dan semua orang boleh menghantar sebarang jenis media termasuk GIF di dalamnya.

Valve juga mengesahkan akan membawa perubahan ini ke platfom telefon pintar (Android, iOS) dan berharap lebih banyak pengguna dapat menikmati kemudahan terbaru ini. Steam sebagai pengedar permainan digital paling popular di dunia mempunyai bilangan pengguna sebanyak 100 juta orang.

Potensi mereka untuk mengatasi platfom mesej popular lain seperti Discord dan TeamSpeak adalah besar. Mereka hanya perlu meyakinkan pengguna mereka untuk bertukar menggunakan platfom tunggal mereka bagi kesemua aplikasi permainan di atas talian.

Anda boleh menikmati kemaskini terbaru ini dengan log masuk ke akaun Steam anda hari ini.

Sumber: Hot Hardware, Steampowered

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY