Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Standard Pengecasan Wayarles Qi2 Akan Diperkenal Pada Tahun Ini

Standard Pengecasan Wayarles Qi2 Akan Diperkenal Pada Tahun Ini

Diterbitkan Januari 4, 2023 · Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Amalina Athman

Wireless Power Consortium (WPC) hari ini mengumumkan standard pengecasan wayarles baharu, iaitu Qi2, akan diperkenalkan pada lewat tahun ini.

Menurut WPC, Qi2 menggabungkan Magnetic Power Profile, bermaksud peranti yang menggunakan Qi2 pada masa hadapan akan menggunakan teknologi magnet ‌MagSafe‌ yang sama, yang ketika ini tersedia dalam peranti ‌MagSafe‌ yang dicipta untuk iPhone 12 dan terkini.

Berkaitan

  • Apple Ada Perancangan Untuk Cas AirPods Dan Apple Watch Secara Wayarles Pada Skrin iPhone
  • Ini Lima Telefon Android Terbaik Dengan Pengecasan Wayarles
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC

WPC mengatakan Magnetic Power Profile dalam Qi2 akan memastikan telefon dan produk mudah alih berkuasa bateri boleh dicas semula yang lain diselaraskan dengan sempurna dengan peranti pengecasan, sekali gus memberikan kecekapan tenaga yang lebih baik dan pengecasan lebih pantas.

Standard pengecas Qi2 ini akan dilancarkan pada lewat 2023, dan ia akan menggantikan format Qi sedia ada. Sementara itu, pengecas Qi2 dijangka akan tersedia di pasaran pada tahun yang sama.

Sumber: Businesswire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY