Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
skrin wayarles

Apple Ada Perancangan Untuk Cas AirPods Dan Apple Watch Secara Wayarles Pada Skrin iPhone

Diterbitkan Januari 10, 2022 oleh Faiz Munir

Bermula dengan model iPhone 12, Apple telah mula memperkenalkan teknologi MagSafe pada peranti tersebut. Walaubagaimanapun, Apple telah menerapkan pengecasan wayarles sejak model iPhone 8 lagi.

Dalam US Patent and Trademark Office (USPTO) baru-baru ini telah memperlihatkan bahawa Apple telah mempatenkan teknologi skrin pengecasan berbalik wayarles. Fail ini telah dipatenkan pada bulan Mac 2021 dan diterbitkan pada hujung tahun lepas.

Apple Ada Perancangan Untuk Cas AirPods Dan Apple Watch Secara Wayarles Pada Skrin iPhone

Melalui teknologi ini, pengguna boleh mengaktifkan fungsi ini untuk mengecas aksesori seperti AirPods dan Apple Watch secara wayarles.  Pengguna hanya perlu meletakkan aksesori tersebut pada skrin iPhone mereka setelah fungsi ini dihidupkan.

Dalam huraian daripada fail paten ini juga menyatakan bahawa sebahagian skrin pada peranti iPhone ini akan terpadam semasa fungsi ini dihidupkan. Kemungkinan ia berlaku adalah untuk memastikan skrin tidak rosak akibat kepanasan melampau pada skrin. Seperti yang kita tahu pengecasan wayarles ini panas dan ini adalah langkah Apple mengatasi masalah kerosakan pada skrin mereka.

Penggunaan teknologi ini sememangnya membantu pengguna dalam pelbagai situasi lebih-lebih lagi ketika aksesori tersebut kehabisan bateri. Apa-apa pun, ini hanyalah paten dan kita masih tidak tahu bahawa Apple mampu menterjemahkan teknologi ini ke produk akhir pada masa hadapan ataupun tidak.

Sumber: US Patent & Trademark Office

  • Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300
  • iPhone SE 2022 Kekal Dengan Rekaan Lapuk, Tapi Sokong 5G
  • Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY