Kemas Kini Spotify Terbaru Tunjukkan Sedikit Perubahan Antara Muka

Spotify masih lagi mendominasi arena penstriman muzik seluruh dunia walaupun turut dicabar Apple Music, Youtube Music, Amazon Music dan lain-lain.

Terkini, Spotify nampaknya telah mengubah sedikit antara mukanya untuk paparan permainan lagu.



Seperti anda lihat dalam gambar, judul lagu kini diletakkan di bahagian atas.

Untuk sesetengah lagu, sebuah lagi imej kulit album turut disertakan di sebelah tajuk lagu dengan saiz kecil molek.



Selain itu, sebuah garis pendek juga ada di bahagian atas judul lagu, menunjukkan bahawa halaman ini boleh ditarik/dileret ke bawah.

Garisan ini menggantikan ikon anak panah ke bawah sebelum ini yang terletak di bahagian kiri bucu atas.



Di bawah kulit album, ada satu butang khas untuk pemasa tidur (sleep timer) yang sebelum ini perlu diakses melalui butang tiga dot.

Dalam pada itu, ikon queue juga kini ditemani dengan nama senarai main di sebelah.

Sebelum ini, nama senarai main diletakkan atas imej kulit album.

{suggest}

Untuk senarai main dan antara muka halaman lain, saya kira tiada apa-apa perubahan berlaku.

Setakat cubaan saya, perubahan ini hanya terdapat pada Spotify di iOS.

Kemas kini Spotify anda ke versi terbaru jika mahukan antara muka yang baharu ini.

Jika anda belum menerimanya, bermaksud ia dilepaskan secara berperingkat pada iOS dan Android.

Anda tidak ada pilihan lain selain menunggu saja ia tiba.