Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Tawar Ciri Tapis Bunyi Latar Yang Bising Untuk Pencipta Kandungan

Spotify Tawar Ciri Tapis Bunyi Latar Yang Bising Untuk Pencipta Kandungan

Diterbitkan November 23, 2022 · Dikemas kini November 23, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Selain muzik, antara kandungan lain yang kerap menjadi pilihan pengguna di Spotify adalah sesi Podcast. Umum mungkin tahu, selain memerlukan topik menarik untuk diperbualkan di dalam podcast, pencipta kandungan turut memerlukan peralatan terbaik dalam proses pembikinan.

Oleh sebab itulah, Spotify telah perkenalkan satu ciri baharu di mana pengguna boleh melakukan sesi podcast walaupun dalam keadaan yang bising.

Ciri yang dinamakan sebagai Podcast Audio Enhancement itu telah tersedia di aplikasi Anchor oleh Spotify bermula hari ini. Ciri ini hanya memerlukan satu klik sahaja untuk mengaktifkannya.

Melalui Podcast Audio Enhancement, pengguna boleh menapis kesemua bunyi-bunyi latar belakang yang tidak diperlukan dan akan mengutamakan suara mereka.

Ciri ini juga akan membantu penggunannya berada di dalam pelbagai jenis suasana bising sekali pun seperti di dalam dewan, bunyi tangisan bayi atau anjing menyalak.

Pengguna aplikasi ini boleh mengaktifkan atau tidak ciri tersebut semasa memainkan audio semula untuk membuat sebarang perbandingan.

Spotify bukan sebuah syarikat pertama yang menggunakan penapisan audio. Ini kerana AI telah berkembang terlebih dahulu untuk ciri penapisan bunyi yang lebih bagus tanpa sebarang fon telinga dinamik yang mahal.

Terdapat beberapa aplikasi lain yang turut menawarkan ciri ini seperti Zoom dan Google Meet yang menawarkan pengurangan bunyi hingar pada latar semasa berlangsungnya sidang video atas talian.

Sumber: Youtube

Berkaitan

  • Spotify HiFi Berharga RM90 Sebulan? Ini Tawaran Dihidangkan
  • Ini Antara Kata Laluan Paling Teruk Yang Masih Digunakan Sehingga Kini
  • Ini Senarai Telefon Pintar 5G Terpantas Di 10 Buah Negara Setakat Ini
  • Ura-Ura Awal Kata iPhone 15 Hadir Dengan Sisi Seperti iPhone 5C Tapi Dengan Bahan Tahan Lasak
  • Pengasas TSMC Sahkan Kilang Di Amerika Syarikat Akan Keluarkan Cip 3nm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY