Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera terbaik dxomark 2023

Menurut DXOMARK, Ini 10 Telefon Dengan Kamera Terbaik Setakat Ini

Diterbitkan Mac 7, 2023 · Dikemas kini Mac 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Senarai terkini: Telefon Terbaik Untuk Kamera, disusun oleh editor Wiser dengan harga semasa di Malaysia.

Setakat Mac 2023 ini, kami kongsikan dengan anda 10 telefon yang dinobatkan mempunyai kamera terbaik secara keseluruhan berdasarkan ujian dilakukan oleh DXOMARK.

  1. HONOR Magic5 Pro
  2. Huawei Mate 50 Pro
  3. Google Pixel 7 Pro
  4. HONOR Magic4 Ultimate
  5. iPhone 14 Pro Max
  6. iPhone 14 Pro
  7. Huawei P50 Pro
  8. iPhone 13 Pro
  9. iPhone 13 Pro Max
  10. Xiaomi 11 Ultra

HONOR Magic5 Pro 9

Dalam kedudukan 10 teratas ini, Magic5 Pro satu-satunya telefon yang dilancarkan pada tahun 2023.

Yang paling terkini selepasnya ialah Mate 50 Pro yang rasmi pada Oktober 2022.

honor magic5 pro ranking dxomark

Untuk makluman, Magic5 Pro juga mendapat tempat pertama untuk kategori paparan, di atas iPhone 14 Pro Max dan Galaxy S23 Ultra. Sakan.dxomark kamera terbaik mac 2023 2

Mana telefon lain yang baru rasmi dan dikatakan mempunyai kamera berprestasi tinggi?

Samsung Galaxy S23 Ultra pula berada hanya sedikit bawah iaitu pada nombor 12.

dxomark kamera terbaik mac 2023 1

Galaxy S23 Ultra

vivo X90 Pro+ yang agak bagus kameranya sekadar menduduki tempat ke-13 mana X90 Pro yang dijual di Malaysia pula di kedudukan ke-16.

vivo x90 pro (10)

OnePlus 11 pula tidak dimasukkan dalam senarai. DXOMARK hanya mengeluarkan ujian untuk audio saja bagi peranti ini.

oneplus 11 (1)

Telefon yang sudah lama dilancarkan

Xiaomi 12S Ultra pula berada di posisi ke-17, tewas dengan Mi 11 Ultra. Xiaomi 13 yang baru diperkenal untuk pasaran global pula tidak kelihatan dalam carta.

xiaomi 12s ultra

OPPO pula diwakili Find X5 Pro di tangga ke-29. Untuk model andalan yang sebenar daripada OPPO yang menumpukan terhadap kamera, kita masih menunggu pelancaran Find X6 Pro yang kini masih meriah dengan ura-ura saja.

Semak harga di pasaran Malaysia

  • Huawei Mate 50 Pro – SINI
  • iPhone 14 Pro Max – SINI
  • iPhone 14 Pro – SINI
  • Huawei P50 Pro – SINI
  • iPhone 13 Pro – SINI
  • iPhone 13 Pro Max – SINI
  • vivo X90 Pro – SINI
  • OnePlus 11 – SINI
  • Samsung Galaxy S23 Ultra – SINI
  • Samsung Galaxy S22 Ultra – SINI

Berkaitan

  • Banyak Jenama Telefon Pintar Tak Hantar Peranti Ke DxOMark, CEO Perjelaskan Sebabnya
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Awal 2023
  • HONOR Magic Vs Rasmi Dengan Snapdragon 8+ Gen 1
  • HONOR Magic5 Rasmi Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Dan Bateri Lebih 5000mAh
  • Cara Main 'Game' Retro PlayStation Hanya Guna Pelayar Web Sahaja
  • HONOR Magic5 Ultimate Rasmi, Guna Bateri Silikon-Karbon

CEO DXOMARK sebelum ini pernah menjelaskan bahawa ada jenama-jenama tidak menghantar telefon mereka untuk diuji dari segi kemampuan kamera kerana sukar untuk mendapat kedudukan tertinggi dalam carta.

Namun, ini jawapan daripada DXOMARK. Sebagai pengguna yang adil, pastinya kita ingin tahu jawapan daripada pihak jenama sendiri pula.

Jadi, apakah pendapat anda tentang senarai dikeluarkan DXOMARK?

Sumber: DXOMARK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY