Servis musik streaming terkenal, Spotify, baru saja melancarkan perkhidmatan mereka itu di Jepun. Spotify mengikut jejak langkah Apple Music dan Line Music yang sudah bertapak terlebih dahulu di negara matahari terbit itu.
Jepun mempunyai pasaran yang besar, dianggarkan dalam lingkungan $2.6 bilion. 80% musik di pasaran negara tersebut di beli menerusi CD dan bukannya stream. Perkara sebaliknya berlaku di Amerika Syarikat dimana musik streaming mengambil aliih pasaran CD pada tahun lepas.
Spotify menubuhkan sebuah pejabat di bandaraya Tokyo pada tahun lepas dan turut menjalin kerjasama dengan label rekod disana untuk memasukkan musik Jepun dalam servis mereka. Senarai main telah di reka sesuai dengan pendengar musik negara itu.
Untuk pasaran Jepun, spotify akan bersaing dengan dua lagi syarikat gergasi lain; Apple Music dan Line Music. Kedua-dua buah syarikat tersebut sudah beroperasi sejak tahun lepas dan hanya menawarkan servis langganan sahaja. Ini memberi sedikit kelebihan kepada Spotify yang menawarkan servis musik streaming percuma dengan iklan. Jika pengguan tidak mahu dihantui dengan iklan, pengguna bolehlah beralih kepada servis berbayar tanpa gangguan iklan.
Sumber: CNet
Berkaitan
- Realme C2 Ditawarkan Dengan Harga RM349 Pada 5 Ogos Ini
- Bermain Dan Memberi Makan Kucing Anda Di Rumah Ketika Anda Masih Di Pejabat
- (Video) Samsung Galaxy Z Fold3 'Dibedah', Perlihatkan Bahagian Dalaman
- Antutu Keluarkan 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Februari
- Instagram Disahkan Punyai Kelemahan Sekuriti Yang Boleh Dedahkan Nombor Telefon Pengguna
- Xiaomi Mi Mix 2S Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Tempoh 2 Jam Sahaja
- Pencerobohan Sistem Biometrik Dedahkan Lebih 1 Juta Maklumat Cap Jari Dan Pengesanan Wajah
- Facebook Sedia Platform Jual Beli Barangan
- Kaca Mata AR Apple Mungkin Gantikan iPhone Dalam Tempoh 10 Tahun Lagi
- Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm