Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 4a

Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm

Diterbitkan Mac 10, 2020 oleh Helmi Samsuri

Nama Pixel 4A kini muncul lagi dimana terbaru, imej peranti tersebut mula dimuat naik di internet. Berdasarkan imej tersebut, kamera hadapan peranti diletakkan pada rekaan berlubang dipenjuru kiri paparan.

Kamera bahagian belakang juga menggunakan modul sama seperti Pixel 4 tetapi untuk versi bajet ini, ia hanya hadir dengan satu lensa sahaja.

Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm

Tidak jauh daripada kedudukan kamera belakang adalah ciri imbasan cap jari dimana sensor berada ditengah-tengah.

Satu lagi imej pula membayangkan kehadiran bicu audio 3.5mm. Walaupun tidak kelihatan, rekaan sarung pelindung pada atas peranti seakan-akan memberi gambaran fungsi untuk sambungan fon telinga berwayar tersebut.

Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm

Imej-imej yang diperlihatkan ini dilihat selari dengan khabar angin yang muncul pada awal tahun. Dikatakan juga, Pixel 4A mungkin tidak ditawarkan dalam ukuran yang lebih besar seperti Pixel 3A XL.

Sumber: Tech Droider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY